TEKNIK MUDAH MENGAMBIL GAMBAR POTRET OUTDOOR
Langkah 1: SET KAMERA DAN FLASH
•Dengan menggunakan lens yang mempunyai aperture besar seperti f1.4 , f1.8 atau 2.8
•Setkan kamera pada Aperture Priority
•Buka aperture sehabis besar yang dapat cth 1.4 /1.8/2.8
•Guna Iso yang paling rendah ada pada kamera (cth 100)
•Guna spot metering pada kamera
•Flash manual/ttl mengikut kesesuaian.
Langkah ke 2: MENENTUKAN KEDUDUKAN CAHAYA DAN KEDUDUKAN MODEL
•Model diletakkan di tempat teduh dengan membelakangi background yang terang.
(JANGAN DILETAKKAN MODEL DI TENGAH PANAS)
•Sekiranya matahari masih ada, letakkan model supaya cahaya matahari dapat menyinari model dari belakang dan dapat membentuk kesan cahaya pada rambut, bahu dan belakang. (Rim Light)
Langkah ke 3 : TEKNIK
•Dengan kamera yang sudah di set seperti langkah 1, fokus pada bahagian background (belakang) model samada langit atau pemandangan . Setkan bacaan pada meter supaya bacaan -1 atau -2
•Lock bacaan kamera dengan EL (Exposure Lock) yang ada pada kamera.
•Guna Flash dengan Mode TTL bagi mencerahkan model (Mode Manual juga boleh digunakan) Jika kamera anda mempunyai CLS gunakan Flash dengan menggunakan Mode Commander.
•Frame dan fokus pada model dan mengambil gambar model seperti biasa.
Langkah ke 4: Hasil
•Lihat pada Lcd dan histogram.
•Kalau gambar 0ver/under ulangi langkah ke 3 dengan – atau + dengan menggunakan butang exposure compansation.
•Anda juga boleh menggunakan butang - + pada Flash bagi mencerahkan/menggelapkan model
Langkah ke 5: HASIL YG BAIK
Anda akan dapat potret yang cantik jika wajah/potret itu seimbang antara cahaya dari flash dengan cahaya dari background. Penggunaan ISO yang rendah membolehkan anda mendapat gambar potret yang lembut dengan background yang dianggap bokeh kerana anda menggunakan aperture yang luas seperti f2.8.
SELAMAT MENCUBA.!
credit to my father a.k.a. dean photo.
woah
ReplyDeletemcm tu rupanya
slama ny main amek jewk
:)
@aisha
ReplyDeletelebih kurang lah.
nie tips drpd ayah rafie.
rafie bknnye pro sgt nk bgi tips2 nie.
=)