Thursday

10 Tips Sukses




1. Sentiasa bersyukur atas apa yang korg peroleh hari ini. Jauhkan perasaan tertekan akibat suka menbanding-bandingkan apa yang korg miliki dgn org lain. Buka hati untuk terus bersyukur dan berterima kasih.

2. Selagi ada peluang, belajarlah seakan-akan korg akan hidup selamanya. Tetapi hiduplah seakan-akan korg akan mati esok hari. Rebut segala peluang dan lakukan semuanya dgn sehabis baik.

3. Cari kekuatan yang ada pada diri korg. Fokus dan tingkatkan tahap kekuatan tersebut hingga ia membentuk satu nilai keterampilan yg unggul dan dihormati.

4. Bukalah jalan sendiri dengan cara korg yg berhemah. Usah terlalu mengharap dan bergantung kpd org lain.

5. Belajar mencintai apa yg korg miliki dan bukan berangan-angan tentang apa yg korg harapkan. Rancang dgn apa yg ada di tangan. Impian hanya akan menjadi kenyataan jika korg menggunakan segala sumber yg ada pada saat ini utk merealisasikannya.

6. Lihat dgn jelas apa yg berada di hadapan dan juga lihat apa yg belum kelihatan iaitu wawasan. Gunakan visi dan misi untk mengenal apa yg korg sasarkan.

7. Telan semua kepahitan hidup dan bersiap sedia untuk memulakan hari baru dgn lebih baik. Setiap hari ialah hari baru. Pastikan hari ini lebih baik drpd hari smlm.

8. Semakin byk korg memberi, semakin byk jugak korg akan terima. Tidak terfokus hanya pada wang atau material. Apa jua yg korg lakukan demi kebaikan semua org, korg pasti mendapat berkat dan juga penhargaan setimpal.

9. Jadilah mentor untuk diri sendiri. Natijah kebaikan dan keburukan hanya akan dapat ditanggung oleh korg sendiri. Melihat contoh terbaik sebagai suri teladan itu juga bagus tetapi utamakan diri sebagai mentor yg terhebat.



10. Hidup bukan untuk selamanya. Maka, berbuat baiklah di setiap waktu. Juga lakukanlah yang terbaik di setiap peluang dan kesempatan yang diperoleh kerana itu mungkin yg terakhir.



5 comments:

  1. tips yg bagus !teruskan menulis tips2 yg laen ea! follow ur blog :)

    ReplyDelete
  2. hey, ASISian, good tips, keep it up.
    btw, follow u :)

    ReplyDelete
  3. setuju dengan no.1 dan no.2..

    jangan sia-siakan peluang yg ada dan sentiasa bersyukur dgn kejayaan dah kelebihan yg ada. = )

    ReplyDelete
  4. no. 1 dgn no. 2 je ke?
    huhuhu.

    btw, thanks for visiting.

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin